Wednesday, 29 June 2011
Pedoman Hidup =)
JAGA PERTUTURAN ANDA DENGAN BERKATA BAIK ATAU DIAM Islam menganjurkan umatnya untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama lain dan lantaran itu juga , kita di larang melakukan perkara yang boleh menjejaskan dan merosakkan hubungan baik sesama manusia. Ini sebagaimana dijelaskan Allah SWT dalam firman -Nya manerusi surah Al-Hujaraat , ayat 12 yang bermaksud ; ''wahai orang-orang yang beriman ! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa . dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.'' Berdasarkan ayat berkenaan , sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah perbuatan dosa. kerana prasangka itu timbul daripada perasaan iri hati atau dengki terhadap seseorang . Kemudian , ia akan menimbulkan fitnah atau tuduhan tidak berasaskan kepada seseorang sehingga menimbulkan rasa sakit hati. Sebagai manusia yang mengaku berpegang pada ajaran Islam , kita perlu ingat setiap perbuatan yang kita lakukan , sama ada baik atau buruk , pasti menerima pembalasan di akhirat nanti. Oleh itu, sebagai hamba beriman kepada Allah SWT dan hari kiamat , kita hendaklah menjaga pertuturan dengan berbicara yang baik atau sebaik-baiknya berdiam diri. Hadis riwayat Iman Al-Bukhari menyatakan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda , bahawasanya ; ''Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah diam .'' Justeru, bagi mengelak diri daripada buruk sangka , kita hendaklah menyiasat setiap berita yang diterima dengan teliti dan jangan terus membuat andaian menerima sesuatu berita, khususnya mambabitkan keburukkan orang lain. Menerusi ayat 6 surah Al-Hujaraat juga , Allah SWT mengingatkan bahawa setiap manusia perlu menyelidik terlebih dahulu setiap berita yang di terima , sebagaimana maksud surah berkenaan iaitu ; Wahai orang-orang yang beriman ! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita , maka selidiklah untuk menentukan kebenarannya.'' Ketahuilah bahawa dengan sikap buruk sangka , ia boleh membawa kepada perkara tidak diingini seperti pertelingkahan , sekali gus menyebabkan terputusnya silaturahim yang akhirnya boleh membawa perpecahan dalam umat Islam. Oleh itu kita hendaklah memelihara diri daripada berburuk sangka sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Jauhilah oleh kamu prasangka kerana sesungguhnya prasangka itu sedusta-dusta perkataan .'' (Riwayat Al-Bukhari ) Kerana itu, sebagai umat Islam yang inginkan keharmonian dan kebahagiaan dalam kehidupan , sewajarnya kita mengamalkan sifat berkasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan hindarilah daripada berburuk sangka kerana ia merosakkan perpaduan kehidupan berkeluarga , agama dan masyarakat . Sama-samalah kita berdoa semoga hidup bahagia,rukun dan damai didunia dan akhirat. HASIL KERJA ; SITI NURULAIN BINTI MUHAMAD _ gula2 haty =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment